Wednesday, January 14, 2015

Hadith berkenaan Habbatus Sauda




Yahya bin Bukair telah menceritakan kepada kami, Al Laits dari 'Uqail dari Ibnu Syihab dia berkata; telah mengabarkan kepadaku Abu Salamah dan Sa'id bin Musayyib bahawa Abu Hurairah telah mengabarkan kepada keduanya, bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: 
"Dalam Habbatus Sauda' terdapat ubat dari segala penyakit kecuali Mati."  

Ibnu Syihab berkata; "Maksud dari kematian adalah maut sedangkan Habbatus Sauda' adalah pohon syuniz"

Sahih al-Bukhari 5688 (Book 76, Hadith 11)



Imam al-Bukhari juga meriwayatkan hadith dari Aisyah R.A bahawasanya ia mendengar Nabi SAW bersabda;
" Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini merupakan ubat bagi setiap penyakit, kecuali 'As-saam'. Aku bertanya, “Apakah 'As-saam' itu?”. Beliau menjawab, “Mati.”

Sahih al-Bukhari 5687 (Book 76, Hadith 10)
                                                               
Dalam riwayat Muslim ada menyatakan:
“Tidak ada suatu penyakit, kecuali penyembuhannya ada didalam Habbatus Sauda.”

Nabi SAW mengabarkan bahwa Habbatus Sauda berkhasiat menyembuhkan setiap penyakit. Kata syifa’ (kesembuhan) dalam seluruh hadith disebut tanpa dima’rifahkan dengan alif dan lam. Semuanya dalam struktur positif, sehingga dengan demikian kata tersebut bersifat nakiroh (indefinite, tidak spesifik) yang biasanya bermakna umum. Maka, kita boleh mengatakan bahawa dalam Habbatus Sauda’ terdapat potensi penyembuhan terhadap setiap penyakit.
~ Wallahu A'lam ~