About Habbatus Sauda

Apakah Habbatus Sauda'


Habbatus sauda’ atau nama saintifiknya NIGELLA SATIVA adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan timur tengah dan Mediterranean dan sebahagian dari kawasan Asia.

Biji-bijinya berwarna putih dan akan bertukar hitam bila matang. Habatus Sauda juga dikenali dengan nama Kalounji (India), Black Cumin (Inggeris), Jintan Hitam (Melayu), Haba Al-Barakah serta banyak lagi.

Pokok Habbatus Sauda:




Sejarah telah membuktikan bahawa Habbatus Sauda telah digunakan dalam perubatan semenjak lebih 2000 tahun dahulu.

Terdapat lebih dari 500 kajian perubatan yang telah dibuat mengenai khasiat Habbatus Sauda' (Nigella Sativa) >> Senarai Kajian Mengenai Habbatus Sauda' 

Habbatus sauda banyak disebut-sebut dalam kitab-kitab lama sebagai penawar pelbagai penyakit. Nabi Muhammad (SAW) telah mengamalkannya sejak seribu tahun dulu. Habbatus sauda juga dijumpai tertanam dengan mumia Tutankhamen di Mesir sebagai ubat untuk bekalan di kehidupan lain seperti kepercayaan mereka.

Dari kajian yang dilakukan didapati Habatus Sauda’ mempunyai pelbagai kandungan yang amat berkhasiat yang mampu merawat sistem kesihatan badan manusia.


Apa Yang Terkandung Dalam Habbatus Sauda’ ?

  • Terdapat lebih 100 komponen bahan berkhasiat di dalam Habbatus Sauda'.  
  • Kaya dengan Asid Lemat tidak tepu. Dapat memberi tenaga.
  • Nisbah kandungan yang terbaik & ideal untuk kesihatan; 35% Minyak, 21% Protin, 38% Karbohidrat.
  • Lebih dari 50% minyaknya adalah asid lemak terpenting yg diperluakn oleh tubuh badan.
  • Asid Linolik dan Asid Linolenik Gamma membantu membentuk Prostaglandin E1 yang membantu badan untuk menghentikan jangkitan dan menyeimbangkan sistem Imunisasi badan dan mengurangkan reaksi/kesan alahan.
  • Asid Linolenik Gamma juga membantu menstabilkan membran sel.
  • Volatile oil Nigellone dan Thymochinon yang berkesan untuk Anti Histamin, Anti Oksida, Anti Jangkitan dan kesan pengembangan saluran pernafasan (Broncho Dialating effect).
  • Amalam pengambilan Habbatus Sauda' secara berterusan dan Istiqamah akan menjamin kesihatan dan kekuatan badan yang optimum. InsyaAllah..


No comments:

Post a Comment